KUK TIMBOU, KOLOPIS – Salah satu keluarga di KUK Timbou telah mengongsikan aktiviti yang telah dijalankan semasa Triduum Paskah & Paskah. Pada setiap tahun kebiasaannya kita akan melihat Paderi membasuhi kaki 12 orang pemimpin gereja yang telah terpilih pada malam Khamis Putih namun pada tahun ini ianya lebih bermakna sungguh pun PKP masih lagi berterusan. Kenangan dan memori pada tahun ini lebih member impak yang besar kepada keluarga kerana telah berpeluang membasuhi kaki dan saling mengampuni diantara satu sama lain yang mana mungkin kita tidak pernah lakukanya bersama-sama dengan keluarga. Paskah pada tahun ini juga memberi peluang untuk lebih mengenali jiran-jiran kita dengan lebih dekat lagi dengan menghantar telur paskah ke kediaman yang berhampiran dengan keluarga ini.
Oleh Wendy Justine, SocCom Kolopis