REKTORI PAROKI, 26 April 2020– Mungkin ramai yang tertanya apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik pengambaran Misa Kudus Kadazan Online Paroki Penampang. Suara-suara siapakah yang membuat sahutan sepanjang Misa Kudus Online berlangsung? Siapa yang mengendalikan pengambaran itu?
Pengambaran Misa Kudus Online selama ini sebenarnya dikendalikan oleh SocCom Paroki yang diketuai oleh Katekis Lewis Juit bersama “crew” beliau — John Staun dan Marcellinus Maurice. Penyusunan Chapel telah dilakukan oleh Katekis Ernest Mojikon bersama Mission Crews (Rudy Christopher, Anton, Joel, James dan Kelly Boritus). Komiti Kasambaan Paroki dibawah Katekis Lawrence Bisuil pula menyediakan material untuk liturgy dalam bentuk “Pambasaan Minggu” dengan dibantu oleh Mission Staff (Sheriyn Ginus). Manakala keperluan peralatan misa disediakan oleh Seminarian Terrance bersama Sr. Dora, Sr. Maria dan Sr. Imelda. Hari ini kita berpeluang berkenalan dengan mereka walaupun tidak semua yang telah disebut berada dalam photo. Kelihatan bahawa arahan semasa PKP haruslah senantiasa dipatuhi dalam Misa Kudus online.
“Let every person be subject to the governing authorities. For there is no authority except from God, and those that exist have been instituted by God. Therefore whoever resists the authorities resists what God has appointed, and those who resist will incur judgment” (Rom 13:1-2)
© Photo Credit: Fr. Wilfred Atin