KPI PAROKI PENAMPANG – Bantuan makanan berupa Beras 5kg, Telur 1 tray (30 biji), minyak masak, tepung dan gula daripada AHDC melalui KPI Paroki St. Michael Penampang telah disalurkan semasa Fasa 3 PKP 26hb – 27hb April dan seramai 6 keluarga migran K3I dan 45 keluarga warga Filipino telah diberi bantuan. Pada 3hb – 4hb Mei (Fasa 4 PKP) seramai 39 orang migran Indonesia diberi bantuan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu para migran kita yang terkesan akibat wabak ini.
Aktiviti KPI yang seterusnya adalah Kempen Menderma Darah yang akan dijalankan 10hb Mei 2020, Ahad ni. Umat adalah digalakkan untuk datang menderma. Info lanjut boleh rujuk link https://www.stmichaelparishpenampang.com/2020/05/07/kempen-menderma-darah-anjuran-kpi-paroki-st-michael-penampang-komiti-pembangunan-insan-dengan-kerjasama-bsmm-daerah-penampang-dan-jabatan-perubatan-transfusi-hospital-queen-elizabeth-ii-kota-kinabal/