Mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan Asrama Mission di Paroki St. Michael, Penampang.
Asrama mission ini dimulakan tahun lalu (2019) oleh Komiti Pendidikan Paroki sebagai satu “pilot project” dengan Maktab National bagi memberikan peluang akademik kepada para pelajar berpotensi dari luar bandar dan juga keluarga kurang berkemampuan.
Paroki Penampang telah dipilih menyertai program ini kerana situasi pastoral yang bersesuaian dengan kriteria yang dikehendaki oleh Maktab National. Sekolah swasta milik Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang terletak berhampiran Taman Kingfisher, Likas memberikan biasiswa dalam bentuk pengecualian yuran sekolah dan uniform percuma kepada pelajar-pelajar ini.
Asrama Mission Paroki Penampang menempatkan 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan secara berasingan di dua buah bangunan dijagai oleh dua orang warden asrama. Paroki juga menyediakan kemudahan pengangkutan dan makan-minum untuk mereka setiap hari.
Pelajar-pelajar tersebut ialah
Rosemila Mosus (14 tahun) dari Kg. Tiku,
Ivy Ivelda Tambayang (14 tahun) dari Kg. Buayan,
Rachel Chin Hui Min (14 tahun) dari Kg. Limbanak,
Darenno Toumin (15 tahun) dari Kg. Terian,
Nexson Benedict (14 tahun) dari Kg. Pongobonon dan
Mackfy Manson (14 tahun) dari Kg. Terian.
Kelihatan dalam gambar pelajar-pelajar asrama mission sedang tekun belajar dengan bantuan wifi rektori paroki. Mereka juga tidak terkecuali oleh situasi pembelajaran secara online yang diakibatkan wabak Covid19.
Paroki Penampang mengalu-alukan sumbangan wang ringgit mahu pun keperluan harian untuk pelajar-pelajar ini. Umat yang bermurah hati boleh menghubungi Pejabat Paroki semasa waktu pejabat melalui no telefon : 088-711009/715804 atau Email : stmicparishpenampang@gmail.com
Atau sumbangan wang ringgit ini boleh disalurkan ke akaun berikut:
RTDKK – CATHOLIC MISSION PENAMPANG
10123-001-002183-9
ALLIANCE BANK
Sila berikan “remarks” : ASRAMA MISSION atau MISSION HOSTEL.
“A generous person will prosper; whoever refreshes others will be refreshed”. Proverbs 11:25
© Photo kredit Fr. Wilfred Atin