PEJABAT MISSION, 20 Oktober 2020 – Pejabat Mission St. Michael Penampang pada hari ini telah menerima sumbangan keperluan asas sebanyak 500 pakej daripada YB Datuk Darrel Leiking, Ahli Parlimen P174 merangkap ADUN N26 Moyog diwakili oleh Ketua Bahagian Warisan, Tuan Jeffry Leiking dan diterima oleh Paderi Paroki, Fr Wilfred Atin & Pengerusi Kewangan dan Harta Benda Paroki, Kat. Ernest Mojikon. Sumbangan ini akan diberikan kepada semua umat yang memerlukan di Paroki ini.
Bagi pihak umat di Paroki kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ini. Tuhan memberkati.
Gambar oleh Nora Jikuil
Pejabat Mission Paroki St. Michael Penampang