Feb 22, 2021, Penampang – Seramai 47 calon daripada kelas golongan dewasa telah diterima secara rasminya pada proses pemilihan (RCIA Rite of Election) dimana sebelum ini secara khusus dan lazimnya akan disempurnakan oleh Bapa Uskup Agung John Wong di peringkat keuskupan yang berpusat di Kathedral Dioses Agung Hati Kudus (Sacred Heart), Kota Kinabalu, namun pada kali ini terpaksa dilakukan oleh paderi Paroki Fr. Wilfred Atin diatas sebab kekangan kawalan pergerakan bersyarat pandemik COVID19 yang masih berkuatkuasa telah berlangsung di gereja St. Michael, Penampang pada 21 Februari yang lalu.
Sakramen 3 dalam 1 ini adalah wajip dalam memenuhi doktrin inisiasi menjadi iman Katolik sempurna iaitu termasuklah sakramen Baptis, Komuni dan pengurapan minyak Krisma. Proses pakej ini adalah khas bagi golongan matang yang pada hakikatnya sudahpun memahami erti kehidupan namun dengan niat suci dan keinginan untuk mengimani secara mendalam disamping perjalanan serta penerapan kekudusan yang membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Kristus secara universal melalui gereja Katolik dengan sepenuhnya.
Fr. Atin dalam homilinya menerangkan bahawa proses ini adalah perjalanan transformasi kehidupan daripada yang lama kepada yang baru dan menggesa semua para pilihan untuk betul-betul mengadaptasi peralihan ini dengan doa penuh kesyukuran serta kekuatan iman menuju ke acara kemuncak sakramen pada malam perayaan Paska nanti. Para pilihan yang turut diiringi oleh penanggung masing-masing juga telah diberi taklimat terkini oleh barisan pembimbing kelas Inisiasi Kristian Dasar (IKD) khususnya dalam pembelajaran seterusnya serta keperluan demi untuk membolehkan mereka senantiasa dikemaskini dengan perkembangan semasa dan memastikan setiap calun boleh melengkapkan diri sekaligus secara rohani dan jasmani tatkala di dalam keadaan yang sungguh terbatas masa kini.
JJ/Soccom Penampang