smplogosmplogosmplogosmplogo
  • eBulletin
  • Mission Office
  • Sunday Reading
  • Online Mass Schedule
  • Contact Us
  • Website

RENUNGAN MINGGUAN – 3 Oktober 2021

  • Home
  • Category
  • Sunday Reflection
  • RENUNGAN MINGGUAN – 3 Oktober 2021
October 2, 2021

Minggu Biasa Ke-27 Tahun B
3 Oktober 2021

PERKAHWINAN ADALAH PANGGILAN UNTUK MENCINTAI, KEHIDUPAN DAN KEGEMBIRAAN
Firman Tuhan minggu ini berkenaan dengan perkahwinan dan perceraian. Pewartaan injil memberitahu kepada kita bahawa perceraian adalah satu dosa. Dosa, sebab sejak awal penciptaan Tuhan mencipta lelaki dan perempuan dan Tuhan menyatukan mereka dalam perkahwinan. Oleh itu, apa yang disatukan Tuhan jangan dipisahkan oleh manusia. Begitu juga dalam pewartaan pertama mengatakan bahawa Tuhan mempersatukan diantara lelaki dan perempuan dalam perkahwinan. Untuk memahami paggilan perkawinan dengan lebih mendalam, kita harus kembali kepada sejarah penciptaan dimana Tuhan mencipta lelaki dan perempuan dalam rupa dan bentuk Tuhan sendiri iaitu untuk tujuan: mencintai, kehidupan dan kegembiraan.

Tuhan adalah KASIH
Tuhan mencipta segala sesuatu kerana KASIH. Tuhan menyelamatkan segala sesuatu kerana KASIH. Dan Tuhan menyucikan atau menguduskan segala sesuatu kerana KASIH. Oleh itu, lelaki dan perempuan (suami-isteri) harus mengasihi antara sesama seperti Kristus mencintai dan mengasihi kita. Dalam perjanjian perkahwinan pasangan suami-isteri berjanji untuk setia and mencintai antara sesama dalam keadaan gembira, sedih, sihat dan sakit untuk seumur hidup. Suami-isteri mengampuni antara sesama setiap hari dimana pengampunan itu mesti di lakukan sebelum matahari terbenam supaya kasih mereka semakin dalam dan kudus.

Tuhan adalah KEHIDUPAN
Sewaktu Tuhan mencipta, Tuhan mengatakan, ‘mari kita mencipta manusia dalam bentuk dan rupa kita’. Demikianlah terciptanya lelaki dan perempuan yang menjadi penolong bagi Tuhan dalam process penciptaan. Lelaki dan perempuan (suami-isteri) diberi tanggungjawab untuk mencipta manusia (generasi). Lelaki dan perempuan dipanggil untuk beranak cucu. Panggilan perkawhinan adalah panggilan kekudusan dimana Tuhan mengonsikan tanggunjawab untuk memberi kehidupan kepada
generasi baru. ‘Pergilah dan beranak cuculah’

Tuhan adalah KEGEMBIRAAN
Destinasi kehidupan kita ialah di syurga. Syurga bererti kegembiraan. Oleh itu, kita hanya dapat bergembira apabila kita mengenal siapa pencipta kita. Apabila lelaki dan perempuan (suami-isteri) melakukan segala sesuatu menurut kehendak Tuhan, iaitu mengasihi dan memberi kehidupan sudah tentu mereka akan mengalami kegembiraan seperti Tuhan yang sentiasa gembira. Apabila setiap kita setia dan mengikuti ajaran Gereja sudah tentu kita juga akan merasai kegembiraan yang datang dari Tuhan.

Anak (budak kecil) adalah pemberian Tuhan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semulajadi bagi ibubapa untuk mengasihi, memberi kehidupan dan kegembiraan kepada mereka. Saudara dan saudari, setiap kali kita merayakan Ekaristi, kita merayakan kematian dan juga kebangkitan Kristus. Setiap kali kita menerima Tubuh dan Darah Kristus dalam Ekaristi kita menerima Roh Kudus. Hari ini kita berdoa untuk pasangan suami-isteri agar kuasa Roh Kudus meneguhkan dan menguduskan kesatuan mereka agar setiap pasangan merasai kasih, kehidupan dan kegembiraan dalam keluarga.

Ditulis oleh;
Fr. Jeffri Gumu

Related posts

February 3, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 5 Februari 2023


Read more
January 28, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 29 Januari 2023


Read more
January 20, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 22 Januari 2023


Read more
January 16, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 15 Januari 2023


Read more

SEARCH

Updates Category

  • Pastoral Message
  • Announcements
  • Pastoral News

RECENT UPDATES

  • CERAMAH PEMBAPTISAN BAYI PAROKI ST. MICHAEL PENAMPANG
    In Announcements
  • ST. MICHAEL’S PARISH PENAMPANG CATHOLIC WOMEN’S LEAGUE ‘ONLINE BAZAAR SALES’
    In Announcements
  • CHANCERY NOTICE: BANNS OF ORDINATION TO THE DIACONATE
    In Announcements, Pastoral News
  • Catholic Sabah: Couples for Christ Sabah celebrates 17th year of service to Christian family life
    In Pastoral News
  • RELIGIOUS VOCATION AWARENESS CAMP
    In Announcements

ABOUT US

St. Michael's Parish Penampang is located in Sabah, Malaysia. We have 16 churches and chapel within our jurisdiction. Read more about history, our communities and activities. Need to get in touch with us? Find out how!

NEWS & UPDATES

  • NEWS & ANNOUNCEMENTS
  • PARISH NEWS
  • eBULLETIN
  • RECTOR'S MESSAGE

FEATURED CONTENT

  • ONLINE MASS
  • YOUTHS
  • PARISH DONATION
  • RECTOR'S MESSAGE

Social Media

© 2020 St. Michael's Parish Penampang Website | Website design by KK Top Web | Access Web Dashboard