Pasangan dan para umat adalah dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan.
Upacara perkahwinan di gereja perlu dijalankan tidak melebihi 2 jam.
Jumlah kehadiran setiap Gereja termasuk para pelayan adalah 50% kapasiti ruang.
Hanya Pasangan dan umat yang sudah lengkap divaksin dalam status MySejahtera sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke gereja. Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan hadir tertakluk kepada ibubapa yang sudah lengkap divaksin. Bagi umat yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema, atau sedang dalam kuarantin dan sebagainya adalah tidak dibenarkan hadir.
Semua umat perlu senantiasa memakai penutup hidung dan mulut (Face Mask), kecuali pasangan yang berkahwin.
Aktiviti mengambil gambar selepas Misa/Berkat yang dibenarkan hanyalah Pasangan Pengantin, Paderi, Ibu bapa & Saksi perkahwinan sahaja. Gambar berkumpulan atau beramai-ramai adalah tidak dibenarkan di dalam dan luar gereja (termasuklah di perkarangan gereja). Umat dinasihatkan terus beredar selepas sahaja Misa/Berkat selesai.