Epiphany (Penampakan Tuhan)
Bagaimanakah sambutan Krismas anda? Apakah pengalaman anda dalam sambutan Krismas baru-baru ini? Hari ini kita merayakan hari Penampakan Tuhan (Epiphani). Pada Penampakan Tuhan, kita merenung Terang Kristus-yang Terang itu adalah Kristus, yang menyinari semua bangsa. Epiphani adalah “perayaan penampakan Tuhan, dalam erti kata lain manifestasi Yesus”, dilambangkan dengan terang yang di wakili oleh orang Majus.” Dalam perayaan Liturgi, menjelaskan bahawa semua bangsa dijemput ke dalam pancaran janji yang menyelamatkan daripada Tuhan.
Perjalanan hidup kita penuh “penampakan Tuhan”: Manifestasi belas kasihan dan kedamaian Tuhan dalam kasih sayang dan kemurahan hati daripada keluarga dan rakan-rakan, guru dan jurulatih, mentor dan kaunselor. Pelbagai pengalaman dilalui-dalam masa kegembiraan, pencapaian besar, kekacauan dan kekecewaan, kasih Tuhan dinyatakan kepada kita dalam kebaikan yang paling tersembunyi, dalam cahaya yang hampir tidak dapat dilihat, dalam saat-saat rahmat yang tidak dijangka. Dalam “penampakan” setiap hari, Tuhan dimanifestasikan dalam pertanyaan orang-orang majus yang datang ke dalam hidup kita mencari Yesus dalam “bintang-bintang” yang kita ikuti yang membawa kita kepada kehidupan yang penuh belas kasihan dan kemurahan hati, dalam karunia diri kita yang kita berikan untuk perkhidmatan keluarga, gereja dan masyarakat kita.
Penampakan Tuhan adalah kisah tentang mencari dan mengesan Tuhan di dalam diri kita dan di sekeliling kita. Seperti perjalanan orang majus mencari Raja Yahudi yang baru lahir, hidup kita adalah pencarian berterusan untuk makna, tujuan dan perkara bagi Tuhan. Dengan melihat perjalanan hidup kita sendiri, kisah orang-orang majus mencabar kita untuk mempertimbangkan “bintang” yang kita ikuti dalam perjalanan hidup kita semasa kita berusaha untuk menjadikan hidup kita seperti yang Tuhan inginkan, untuk menetapkan kehidupan kita pada nilai abadi keamanan yang berterusan, belas kasihan, keadilan dan pengampunan dengan Tuhan bersama kita.
Apakah epifani yang telah anda alami dalam hidup anda yang paling mendedahkan dan memberi pengajaran? Bintang apakah yang telah anda ikuti yang membawa anda menemui “kesucian”? Bagaimana pula bintang yang telah anda ikuti yang membawa anda kepada kekosongan dan kekecewaan? Apakah hadiah yang anda berikan pada Krismas ini?
Oleh, Fr. Gilbert Marcus