Penampang, Dis 3,…Seramai 11 pasangan suami-isteri dari kalangan warga migran di paroki St. Michael, Penampang selamat diberkati dalam perkahwinan mereka yang kini sah diperakui dalam gereja Katolik pada upacara khas pemberkatan konvalidasi perkhawinan yang di sempurnakan oleh penolong paderi Paroki Rev. Fr. Wilson Francis di sini, gereja St. Michael, Penampang.
Para pasangan sebelum ini telahpun berkahwin secara sah diluar gereja samada mengikut adat resam mahupun diperakui dari segi undang-undang negara masing-masing namun ianya tidak sah disisi Hukum Kanonik gereja Katolik.
Di mata gereja Katolik, jika sesuatu pasangan berkahwin di luar gereja dan dimana salah seorang daripada mereka adalah seorang Katolik maka perkahwinan adalah dianggap tidak diperakui. Untuk memperbetulkan keadaan sedemikian, pasangan perlu menghadap paderi paroki untuk membuktikan kedudukan sebenar perkahwinan mereka dan haruslah menunjukkan kesungguhan hati serta pertobatan atas kesalahfahaman justru menghendaki supaya ikatan perkahwinan berlaku selamanya dan eksklusif.
Gereja paroki St. Michael, Penampang yang juga bertanggungjawap dengan hal-ehwal pelayanan iman kepada warga komuniti migran melalui usaha kolaberasi komiti pelayanan Keluarga Katolik dan Komiti Pelayanan Migran dan Perantau paroki berjaya membolehkan proses-proses tertentu yang memudahkan para pasangan untuk mencapai cita-cita dalam perakuan ini demi kesucian konvalidasi perkahwinan mereka dalam gereja.
Dalam pada itu pejabat Misi Penampang selain daripada memberi bantuan dari segi urusan teknikal tetapi juga telah sebelum ini memastikan persedian dari segi spiritual dan fizikal dengan mengadakan seminar khusus selama satu hari kepada para pasangan tersebut pada 5hb Nov lepas di Gereja Kelahiran Perawan Bonda Maria, Sukang Mabpai, Luyang. Ianya juga untuk melengkapkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai ajaran Katolik dari segi kesucian perkahwinan dimana ianya merupakan antara tujuh sakramen utama amalan kepercayan dalam doktrin agama gereja universal ini.
Rev. Fr. Wilson dalam khotbahnya pada upacara tersebut menyeru kepada para pasangan supaya sentiasa berdoa untuk memohon penglibatan bantuan roh kudus demi mengukuhkan keharmonian rumahtangga masing-masing dan tidak mengabaikan tanggungjawap untuk menghadiri setiap perayaan Missa Ekaristi.
Para pasangan berserta keluarga juga telah meraikan jamuan majlis kesyukuran yang turut menjemput paderi dan para pelayan gereja di Kafe berdekatan , The Saints’ Cafe selepas upacara yang cukup bersejarah itu….JJ/SoccomPenampang