HARI MINGGU PRAPASKAH PERTAMA TAHUN B
Kejadian 9:8-15; 1 Petrus 3:18-22; Markus 1:12-15
Renungan:
Puasa haruslah dinikmati, bukan untuk di tahan atau dideritakan, kerana ia menjemput kita untuk memulakan semula, untuk berkembang menjadi matang dan muncul secara rohani lebih kuat melalui disiplin diri.
Tidak kira apa jenis huru-hara yang telah kita lakukan sehingga ke tahap ini, Prapaskah sekali lagi menawarkan kita peluang untuk meninggalkan masa lalu kita dan memulakan semula dan memperbaharui kehidupan kita dalam perjalanan menujuh ke perayaan Paskah. Ini adalah perkara yang indah tentang kehidupan Kristian. Kita dijemput untuk menyemai didalam hati kita benih firman Tuhan semasa Prapaskah, dengan bantuan kurnia Allah didalam Kristus untuk menuai buah-buah Paskah dengan banyaknya.
Masa Prapaskah, Gereja mengesyorkan tiga rukun utama atau disiplin yang harus kita perhatikan: Doa, puasa, dan sedekah sebagai cara untuk memfokuskan persiapan kita, mengembara untuk mengembangkan hubungan yang lebih dekat dengan Tuhan. Dalam erti kata, kita dijemput untuk mengosongkan diri kita dan memohon kepada Tuhan untuk mengisi 40 hari puasa dengan renungan, khidmat dan doa.
Amalan ini membantu kita mengingati cintakasih dan belas kasihan yang Tuhan tunjukkan kepada semua orang. Kita mengembara bersama komuniti dan Tuhan kita dan menuju perayaan Misteri Paskah Tuhan kita. Seluruh Gereja bersiap untuk perayaan ini dan bersama-sama dengan mereka kita memasuki Gereja pada Perjamuan Paskah, kita cuba untuk hidup lebih setia kepada panggilan Tuhan untuk mengasihi, berbelas kasihan dan menjadi saksi nyata cintakasih Tuhan kepada orang-orang di sekeliling kita
Kita telah dengar, selepas Allah menhapuskan makluk ciptaan-Nya yang keji dan pendosa, menyinggung perasaan-Nya. Allah memperlihatkan belas kasihan-Nya yang tidak terhad dengan memberi peluang kedua kali kepada keluarga Nuh yang diselamatkan-Nya untuk bertumbuh dan berkembang sekali lagi, yakni, jawaban matang kita kepada cintakasih yang dijanjikan oleh Allah, “Pelangi Ku akan Ku tempatkan di awan sebagai tanda pejanjian antara Aku dan bumi…segenap air tidak lagi menjadi air bah untuk memusnahkan segala yang hidup”. Ia adalah tanda nubuatan Tuhan tentang kemenangan Yesus ke atas Satan yang merupakan penguasa dunia ini. Kemenangan Yesus adalah mesej yang sempurna semasa Musim Prapaskah – ia itu kemenangan Yesus melalui kematian-Nya di kayu Salib Suci, melalui Dia dan dengan Dia, kita juga boleh menang dalam pertempuran kita melawan kejahatan. Jika Allah bersedia untuk mengampuni, kita harus menghindari daripada segala yang ditegah oleh-Nya, bertaubat dan kembali kepada-Nya, Allah yang berbelas kasihan dan penuh dengan cintakasih.
Sekarang banjir dunia adalah simbolik Sakramen Pembaptisan, nubuatan tentang Pembaptisan kita yang akan datang dengan kuasa Roh Kudus. Petrus memberitahu Kristian, seperti kita sekarang bahawa kerana Yesus telah menang, kita juga akan menang. Pembaptisan kita adalah ikrar kemenangan kita kerana ia memberi kita bahagian dalam kebangkitan Yesus Kristus, iaitu, penyelamatan melalui iman kepada Yesus dan laluan melalui air Pembaptisan. Melalui Sakramen ini, kita menerima meterai Kristus dan kediaman Roh Kudus sebagai bahagian pertama kita menuju penyelamatan. Tuhan menghendaki hidup untuk kita, bukan kematian. Kita berkembang semasa Prapaskah dengan menerima Khabar Baik, “Kristus telah mati satu kali untuk segala dosa kita untuk selama-lamanya supaya Dia dapat membawa kita kepada Tuhan“. Ertinya, apa sahaja pengalaman kita atau kuasa satan, bukanlah ’cerita muktamad’ kita. Allah bertujuan memberi kehidupan untuk kita, bukan kematian. Kita bertumbuh masa PraPaskah ini dengan menerima ‘Khabar Baik’ ini. Betapa banyaknya kuasa dosa dan kesannya membanjiri setiap sudut hidup kita, penyelamatan boleh berlaku kepada kita yang memasuki bahtera dan mengasingkan diri daripada satan.
Kita telah dengar Yesus berada di padang gurun selama 40 hari – untuk melatih kita untuk memerangi kejahatan melalui pengalaman padang gurun. Mungkin terdapat kawasan padang gurun dalam kehidupan kita yang perlu di perbaiki atau diperbaharui. Kita diajak oleh Kristus untuk melihat kembali kehidupan dalaman kita dan menghindari daripada apa yang duniawi’. Bukan bererti kita menghindari segala yang ada didunia ini, tetapi menukar kepada yang terbaik untuk tubuh, fikiran dan roh, memperlihatkan betapa besarnya cintakasih Allah kepada kita, dan menggandakan masa berdoa, berpuasa dan amalan menderma.
Yesus berkata, “Masanya sudah genap, dan Kerajaan Allah sudah dekat; bertobatlah dan percayalah kepada Injil.” Semasa Musim Prapaskah, kita dipanggil untuk bertaubat daripada dosa-dosa kita, sering mengingati kemenangan Yesus, untuk hidup dengan iman kita kepada Kristus sebagai anak-anak Tuhan yang dibaptis, untuk maju dan bersinar melalui ketaatan kita, kehambaan kita, amal kita terhadap orang lain, melalui doa, pengorbanan, semuanya dalam cintakasih Tuhan – dimana kemenangan kita juga akan menjadi mulia melalui penyelamatan yang akan kita warisi sebagai anak-anak Tuhan.
Yesus mengumumkan bahawa Satan akan diikat. Kerajaan Tuhan akan memulakan pertumbuhannya di bumi. Kita, anak-anak Tuhan yang dibaptis, adalah bukti nyata kehadiran Kerajaan Tuhan rohani di bumi. Melalui Gereja Katolik Suci, kita adalah batu hidup, umat pilihan Tuhan, imamat kudus, bersatu sebagai satu dalam Tubuh Kristus.
Perjuangan Tuhan kita melawan kejahatan masih diteruskan, tetapi kini medan pertempuran telah beralih dari padang gurun ke roh kita sendiri. Marilah kita mulakan Puasa dengan keyakinan, kerana sama ada kita memandang dengan rindu ke taman atau dengan ketakutan ke padang gurun, Tuhan berjalan di sana terlebih dahulu; Dengan harapan kerana simbol abu dan ungu dan kesuraman Prapaskah akan segera dikalahkan oleh cahaya dan bunga dan alleluia musim Paskah; Dengan semangat, kerana walaupun kita berpuasa, berpantang, berdoa dan bekerja untuk amal – walau sekecil mana pun, ia adalah kemenangan penting bagi Kerajaan Tuhan dan kekalahan bagi kejahatan yang hadir dalam hidup kita.
Oleh:
James Jimmy Totu Paroki St. Michael Penampang.