Renungan bersama dalam musim advent minggu ke-empat
Hari minggu advent keempat ini kita merenungkan kisah kunjungan Maria yang baru menerima warta gembira menjadi ibu Tuhan. Maria sendiri menjadi pewarta khabar gembira tersebut bagi Elizabeth. Tidak hanya kegembiraan tetapi juga berkat disampaikan oleh orang yang terberkati. Maria menjadi tanda kegembiraan dan penentuan bagi terlaksananya keselamatan dan berkat dari Allah. Allah memilih yang biasa dan mengubahnya menjadi agung dan penuh erti dalam diri Maria dan Elizabeth menunjukkan kebesaran tugas yang diterima oleh Maria yang kemudian akan dilaksanakan oleh Puteranya.
Perjumpaan kedua ibu ini sekaligus pertemuan kedua putera yang sedang dikandung, membawa kebahagiaan penuh sukacita. Maria dipuji oleh Elizabeth sebagai dia yang percaya, “Dan berbahagialah ia yang telah percaya, sebab apa yang dikatakan kepadanya oleh Tuhan akan terlaksana” (Luk.1:45). Maria menerima semuanya itu sebagai orang yang percaya; dan dalam jalan kepercayaan itu Maria menjalani dengan setia.
Gambaran dan teladan Maria seperti inilah yang mahu ditunjukkan sebagai contoh bagi kita dalam mempersiapkan kedatangan-Nya. Kebahagiaan Maria, juga iman dan kesetiaannya tidak untuk dirinya sendiri, tetapi dikongsikan diwartakan dan ditunjukkan dalam tindakan nyata, dengan mengunjungi, mengongsikanya bersama Elizabeth.
Kepercayaan Allah bagi mereka tidak membuat mereka lupa diri dan menjadi sombong, tetapi semakin menyedari kerendahan hati sebagai hamba Tuhan. Tidak hanya dalam sukacita dan bahagia, tetapi terlebih pada saat-saat penuh tantangan, penuh derita, mereka setia sampai akhir. Kerana baik Elizabeth mahupun Maria sungguh percaya bahwa apa yang dikatakan Tuhan akan terlaksana, dan Tuhan setia menyertai. Tuhan setia pada janji-Nya.
Bersama Maria kita saat ini mempersiapkan kedatangan-Nya. Maka seperti Maria, kita pun kiranya dengan penuh iman mempersiapkan kedatangan Yesus Sang Juruselamat kita. Semoga kita tetap menjadi pembawa khabar gembira bagi sesama kita, saling meneguhkan dan menguatkan dalam setiap perjumpaan, selalu ada dan hadir bagi sesama yang sedang mengalami berbagai situasi hidup entah dalam sukacita bahagia, mahupun dalam dukacita dan derita. Tuhan yang setia tidak pernah meninggalkan kita. Semoga iman kita tetap teguh. Bagi yang percaya keselamatan itu sunguh nyata.
Dengan itu marilah hayati setiap saat kehidupan kita adakah kita taat setia kepada Dia yang telah lahir 2000 tahun yang lalu dan menyelamatkan kita dari dosa.
Kat.Silverius Silvester