RENUNGAN HARI MINGGU BIASA KE 18 TAHUN C
03.08. 2025
Pembacaan Pertama : Kitab Pengkhotbah 1:2, 2: 21-23
Pembacaan Kedua : Surat Rasul Paulus Kepada Jemaat di Kolose 3:1-5.9-11
Injil : Lukas 12: 13-21
Pada Hari ini kita merayakan Hari Minggu Biasa ke 18 dalam pusingan Liturgy Tahun C yang menfokuskan tentang pentingnya mencari kekayaan sejati disurga dan bukan nya melalui kekayaan duniawi. Perayaan Minggu ini ingin menyampaikan pesan kepada kita bahawa hidup di dunia ini jika kita hanya fokus pada pencapaian duniawi tanpa melibatkan Tuhan adalah hidup yang sia sia.
Bacaan Pertama pada hari ini dari Kitab pengkhotbah ingin memberitahu bagaimana kemunculan perasaan kekecewaan dan putus asa setelah bekerja keras tetapi pada akhirnya harus menyerahkan hasil kerjanya kepada orang lain.Hal ini menggambarkan bahawa usaha manusia betapan pun cerdas dan gigih tanpa penglibatan Tuhan akan akhirnya menjadi sia sia saja .
Begitulah juga yang dikatakan oleh Lukas dlam Bacaan injil hari ini dimana Lukas memberitahu tentang bahayanya ketemakan dan pentingnya menjadi kaya dihadapan Tuhan. Perumpamaan tentang orang kaya yang bodoh mengajarkan kita bahawa mengumpul kekayaan duniawi tanpa memperhatikan kekayaan rohani dan kasih kepada sesama adalah tindakan yang sia sia.Yesus memberitahu agar tidak mengumpulkan harta untuk diri sendiri tanpa peduli pada Tuhan sebab kekayaan duniawi boleh menyesatkan jika tidak digunakan dengan bijaksana dan tidak disertai dengan kekayaan rohani. Yesus juga mengingatkan bahawa hidup seseorang tidak ditentukan oleh harta tetapi ianya harus diukur bagaimana ia menggunakan hidupnya di hadapan Tuhan.
Maka Itu lah sebab dalam Bacaan ke Dua Rasul Paulus memberi peringatan kepada Jemaat di kolose supaya memperbaharui kehidupan mereka dengan Kristus dengan memfokuskan fikiran pada hal hal Surgawi dan melepaskan diri dari perbuatan dosa dan keinginan duniawi.Rasul Paulus juga meningatkan kpd Jemaat
diKolose agar mengikuti sifat sifar Kristus seperti belas kasihan, kebaikan,kerendahan hati ,kelemahlembutan dan kesabran serta mengasihi satu sama lain.Bacaan Ke Dua ini ingin membawa kita untuk menfokuskan kehidupan kita pada hal hal Surgawi dan hidup dalam kasih,kebenaran dan kesatuan dengan Kristus dan bukannya hanya memikirkan pada hal hal duniawi.
Saudara saudara…..setelah kita merenungkan firman2 pada hari ini ianya mendorong kita untuk mencari kebahagian dan makna hidup yang lebih bererti yang melibatkan hubungan erat dengan Tuhan kerena kepuasan sejati hanya kita perolehi melalui hubungan erat dengan Tuhan. Kita juga diingatkan agar tidak tergoda dengan godaan godaan yang mengejar kekayaan duniawi kerena ianya dapat merosakkan hubungan dengan sesama, keluarga dan sudah tentu ianya akan buat kita menjauhi Tuhan..
Saudara saudara … Pada Hari Perayaan Hari Minggu Biasa yang ke 18 ini ,mari kita sama sama momohon kpd Tuhan agar kita diberi kekuatan untuk terus hidup dalam kasih Tuhan, mengasihi Tuhan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan.
Kita juga mahu berdoa momohon kpd Tuhan agar kita sentiasa mengutamakan kehendak Tuhan dalam hidup kita. Semoga doa doa ini dapat merapatkan dan mempersatukan hubungan kita dengan Tuhan dan seterusnya dapat mempebaharui kehidupan kita sebagi Pengikut Yesus…
Saudara dan Saudari Semoga Firman2 Tuhan yang kita kita dengar pada hari ini memberi kita keyakinan serta inspirasi yang baru untuk terus berjalan kehadapan menyebarkan Injil Tuhan dan Semoga ianya juga akan menjadi terang dan garam kepada dunia.
Tuhan Memberkati.
Kat Justin Theodore Tambud