
Refleksi Untuk Minggu Ke 26 Tahun C
Pada tahun 1993, seorang jurugambar telah pergi ke negara Sudan, sebuah negara di benua Afrika, yang sedang mengelami perperangan saudara yang mengabitkan krisis kebuluran yang teruk sekali. Apabila jurugambar tersebut sedang mengambil gambar dia telah ternampak seorang budak perempuan yang kurus-kering yang menangis tersipu-sipu sambil mencari makanan disemak belukar. Sambil dia memerhati keadaan tersebut seekor burung pemakan daging (vulture) telah mendarat dekat dengan budak perempuan itu. Sambil mengambil gambar Jurugambar berdiam diri menunggu burung pemangsa untuk menyerang budak perempuan itu. Selepas 20 minit dia telah tidak dapat tunggu lagi dan menghalau burung itu. Gambar yang dia ambil yang menunjukkan burung vulture sedang memerhati budak tersebut telah dimasukkan dalam pertandingan mengambil gambar dan mendapat tempat pertama.
Tetapi apa yang amat menyedihkan ialah jurugambar tersebut mengasingkan diri dan tidak sedikit pun melibatkan diri untuk menolong budak perempuan itu. Budak tersebut dibiarkan begitu sahaja!.
Saudara-saudara dalam Kristus, Injil minggu ini menceritakan tentang seorang kaya dan seorang pengemis bernama Lazarus yang amat kelaparan sehinggakan dia menunggu makanan yang jatuh dari meja untuk dimakannya. Orang kaya itu pula betul-betul “enjoy life to the fullest” termasuklah “aramaiti” tiap hari dan tidak sedikit pun memberi perhatian dan memberi makan kepada Lazarus.
Seterusnya kita tahu bahawa apabila mereka mati, Lazarus diterima dalam pangkuan bapa Abraham sementara orang kaya itu masuk ditempat api kesengsaraan yang berterusan.
Tobpinai kou ngaavi, dalam Injil tidak ada satu kesalahan ataupun dosa yang dilakukan oleh orang kaya tersebut. Yang membawa padah kepadanya ialah pengasingan diri dan sikap tidak memperdulikan orang lain lebih-lebih lagi mereka yang di pinggiran masyarakat.
Satu pengajaran penting bagi kita dalam Injil ini ialah kita hendaklah berusaha dengan pertolongan Tuhan Jesus melangkau diri kita untuk keluar dari cara hidup orang kaya seperti dalam Injil supaya kita dapat melayani saudara kita yang kurang bernasib baik sebab dalam dunia kita masakini sentiasa ada “Lazarus-Lazarus moden” yang mempunyai cabaran-cabaran kehidupan sama seperti Lazarus yang Tuhan Jesus sebut dalam Injil minggu ini.
Saya akhiri refleksi ini dengan satu renungan kita sesama:
Dimanakah ke condorongan kehidupan saya diantara si orang kaya dan Lazarus?
Eligius Samuel.