
RENUNGAN BERSAMA MINGGU INI: 18/10/2026
THE LORD OF HISTORY /II TUHAN DO SUSUZAN TOTOPOT /TUHAN SEJARAH
SHALOM,
Saudara-saudari yang dikasihi Tuhan,
Minggu ini saya ingin berkongsi tentang SEJARAH TUHAN,
Tuhan bukan hanya Tuhan pada masa lalu, tetapi Tuhan yang hadir dalam sejarah hidup kita pada hari ini dan selama-lamanya.
Apabila kita melihat perjalanan hidup kita, ada saat kita mengalami kegembiraan, ada juga saat kita menghadapi kesedihan, kesusahan dan kekecewaan. Namun, dalam setiap peristiwa itu, Tuhan tidak pernah meninggalkan kita. Walaupun kadangkala kita tidak memahami rancangan-Nya, Tuhan tetap membimbing langkah kita.
Sejarah hidup kita bukan sekadar kisah tentang apa yang telah berlaku, tetapi juga bukti kasih dan kesetiaan Tuhan yang menyertai kita,mungkin tanpa penyertaan Tuhan segala segala cabaran dalam hidup semestinya kita tidak dapat tempuhi jika hanya dengan kekuatan diri sahaja.
Oleh itu, janganlah kita hanya melihat masa lalu dengan penyesalan atau menghadapi masa depan dengan ketakutan. Sebaliknya, marilah kita belajar daripada masa lalu, bersyukur atas rahmat hari ini dan menyerahkan masa depan kita ke dalam tangan Tuhan dan terus percaya bahawa Tuhan punya rencana yang lebih indah untuk kita.
Ingatlah, Tuhan yang menyertai kita semalam ialah Tuhan yang memimpin kita hari ini dan yang akan tetap setia bersama kita pada hari esok.
Marilah kita terus berjalan dalam iman, kerana hidup kita berada dalam tangan Tuhan yang menguasai sejarah dan menuntun kita menuju keselamatan dan kehidupan abadi.
Amin. 🙏
Katigis Silverius Silvester