
RENUNGAN HARI RAYA TUHAN KITA YESUS KRISTUS RAJA SEMESTA ALAM TAHUN A
Ezekiel 34:11-12. 15-17
Korintus 15:20-26.28
Matius 25:31-46
Saudara,saudari dalam Kristus, hari ini kita merayakan Hari Raya Kristus Raja Semesta Alam. Perayaan ini juga menandakan Hari minggu yang terakhir dalam Tahun Liturgi Gereja.
Pembacaan hari ini memberitahu kita bahawa Yesus Kristus ialah Raja Segala raja dan Tuhan atas seluruh kehidupan kita. Namun Kerajaan Yesus sangat berbeza daripada kerajaan dunia. Raja dunia mempunyai kuasa, kekayaan tetapi Yesus sebagai Raja yang mempunyai kasih, kerendahan hati, pengorbanan dan pelayanan. Yesus sentiasa mendakati mereka yang sakit, mengampuni orang berdosa dan memberikan kehidupan dan keselamatan manusia.
Dalam pembacaan pertama, Tuhan memberitahu bahawa Dia adalah seorang gembala yang mencari domba-dombaNya. Dia mencari yang hilang dan membawa pulang yang tersasat. Dia sentiasa mencari dan memelihara mereka.
Dalam pembacaan kedua Sangti Paulus memberitahu bahawa Kristus akan mengalahkan segala kuasa atas segala-gelanya dalam semua. KerajaanNya adalah kekal dan membawa kita kepada kemenangan atas dosa dan kematian.
Dalam Injil hari ini Yesus memberitahu bahawa pada hari terakhir Dia akan menghakimi manusia mengikut tingka laku mereka. Mereka akan dipisahkan iaitu di sebelah kananNya dan disebelah KiriNya. Mereka di sebelah kananNya ialah orang-orang yang melakukan kehendak Tuhan seperti mendengar luahan hati yang orang sedih, melawat orang sakit, membantu keluarga yang menghadapi kesusahan, mengampuni orang yang menyakiti kita dan lain-lain. Manakalah orang disebelah kiri ialah mereka yang gagal melakukan kebaikan ketika berhadapan dengan orang yang memerlukan bantuan. Mereka melihat penderitaan tetapi tidak bertindak. Perbuatan ini adalah salah disisi undang-undang Tuhan.
Saudara-saudari dalam Kristus, kita adalah benar-benar milikNya dan mesti mengikuti kehendakNya supaya apabila kita berdiri di hadapanNya, kita juga mendengar kata-kata yang penuh sukacita:
“Marilah, hai kamu yang diberkati oleh Bapa-ku, terimahlah kerajaan yang telah diisediakan bagimu.”
Amen.
Andrew Sipajan