PENAMPANG – Komuniti Pembangunan Insan (KPI) Paroki Penampang yang diketuai oleh En. George Maison selaku Pengerusi KPI Paroki dan bersama Pn. Grace Jintuil telah mengagihkan bantuan semasa Fasa 2 PKP kepada 28 keluarga K3I dan juga kepada 14 keluarga Filipino yang diwakili oleh Pn. Merlinda Batlag pada 7 hingga 17 April 2020 yang lalu. Bantuan ini telah disumbangkan oleh Komiti Pembangunan Insan Paroki Keuskupan Kota Kinabalu berupah beras 5kg, minyak masak, gula, telur 1 tray dan sardin.
Melalui sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga migran di Paroki kita sepanjang tempoh PKP ini.
Sumber : KPI Paroki Penampang.