
Jun 14 2026
Saudara, saudari yang terkasih dalam Kristus, dalam pembacaan Injil hari ini, kita melihat satu gambaran yang sangat menyentuh hati. Dia melihat mereka yang datang kepada-Nya dengan keletihan, kebimbangan dan penderitaan yang mereka tanggung. Dengan demikian, Yesus terasa kasihan kerana mereka seperti domba yang tidak mempunyai gembala. Dia melihat kesusahan manusia dan hati-nya dipenuhi dengan belas kasihan.
Saudara, saudari, dunia kita hari ini tidak banyak berbeza. Ramai yang hidup dalam keletihan. Ada yang hidup dengan bermasalah, letih kerana penyakit, kesunyian, atau ketidakpastian masa depan dan lain-lain lagi. Tetapi Yesus masih memandang dunia ini dengan belas kesihan.
Dia memanggil dua belas muridnya dan mengutus mereka untuk mengambil bahagian dalam misi-Nya. Dia berkata, “Tuaian memang banyak tetapi pekerja sedikit.” Kata-kata ini masih relevan pada zaman kita. Tuian itu ialah manusia yang mencari Tuhan yang memerlukan kasih, bimbingan dan harapan. Tetapi pekerja-pekerja masih sedikit. Ini mimang benar. Sebenarnya, setiap orang yang dibaptis juga dipanggil menjadi pekerja di lading Tuhan. Setiap kita harus diberi tanggungjawab untuk berbuat demikian.
Dalam pembacaan pertama mengingatkan kita bahawa bangsa Israel sebagai pilihannya. Pilihan itu bukan satu keistimawaan untuk dibanggakan tetapi satu tanggungjawab untuk menjadi berkat kepada orang lain. Begitu juga dengan kita . Kita dipanggil supaya orang lain dapat kasihnya.
Dalam pembacaan kedua Sangto Paulus mengingatkan kita bahawa Kristus telah mati untuk kita yang berdosa. Dia mimang mengasihi kita dan membahagikan kasih itu kepada orang lain.
Saudara, saudari dalam Kristus pada hari ini Tuhan memanggil kita untuk membawa khabar gembira kepada orang lain. Kita dipanggil untuk melakukan perkara-perkara yang kecil seperti menghiburkan kepada mereka yang sedih, mendoakan mereka yang memerlukan dan menjadi saksi Kristus dalam kehidupan seharian. Semoga hati kita semakin menyerupai hati Yesus yang penuh belas kasihan. Dan semoga kita berani menjawab panggilan-Nya untuk menjadi pekerja-pejerja di ladang Tuhan agar semakin ramai orang mengalami kasih dan keselamatan yang datang daripada-Nya.
Amen.
Kat. Andrew Sipajan