ST. MICHAEL PENAMPANG, MARCH 7, 2021 – Calun pilihan IKD seramai 46 orang selamat mejalani proses ini melalui Misa Kudus jam 10.30 pagi yang dirayakan oleh penolong paderi paroki Fr. Gilbert Marcus. Ianya merupakan langkah seterusnya selepas pemilihan yang telah dilangsungkan pada minggu lepas dimana para pilihan kali ini antara lain diserahkan naskah penting yang merujuk kepada tunggak kepercayaan doktrin Katolik yang khusus iaitu ‘Aku Percaya’ . Doa dan penyataan wajip ini harus di amati setiap umat percaya untuk memahami rumusan maksud penyelamatan abadi mengikut rencana Tuhan yang menghubungkan konsep trinitas dari Allah Bapa melalui PuteraNya Yesus dan kelangsungan Kuasa KeTuhanan dalam misteri Roh Kudus.
JJ/SocCom Penampang