smplogosmplogosmplogosmplogo
  • eBulletin
  • Mission Office
  • Sunday Reading
  • Online Mass Schedule
  • Contact Us
  • Website

MESEJ PASTORAL: HARI KELUARGA PAROKI 2021

  • Home
  • Category
  • Pastoral Message
  • MESEJ PASTORAL: HARI KELUARGA PAROKI 2021
July 22, 2021

Salam damai dalam nama Tuhan Yesus.

Kita  merayakan Hari Keluarga Paroki  sejak tahun 2010  iaitu pada 26 Julai setiap tahun.  Kita amat  berterima kasih kepada Rev. Fr. Alex Sipanul yang telah memulakannya.  Namun  pada awalnya ianya dinamakan Hari Paroki  sahaja dan setiap tahun Zon  Penampang (Zon 5 ) akan  menjadi tuan rumah bagi sambutan ini.  Kemudiannya pada tahun 2016, Paderi Paroki, Fr. Fundes Motiung telah  menamakannya Hari Keluarga Paroki  dengan penyertaan semua zon di bawah Paroki Penampang dan setiap zon akan bergilir untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini.

Sambutan Hari Keluarga Paroki  pada tahun ini ialah pada hari Isnin depan,  namun sambutan kali ini amat berbeza sekali.  Tidak akan ada tuan rumah,  tiada  perayaan misa kudus dalam gereja,  tiada pertemuan pemimpin  paroki  dengan Yang Mulia Bapa Uskup John Wong  dan juga  tiada ‘meals fellowship’ bersama umat paroki.  Kita semua memahami bahawa pandemik yang melanda sekarang ini adalah alasan utama bagi cara sambutan ini dijalankan.  Apa yang akan kita lakukan ialah,  akan mengadakan siaran langsung (live streaming)  upacara misa  dari Chapel of Transfiguration (Rectory) pada pukul 7.00 malam bersama Yang Mulia Bapa Uskup John Wong.  Walau bagaimanapun kehadiran misa dalam rectory (sebagai lokasi  penyiara )  akan dihadkan iaitu cuma 12 orang sahaja.  Dalam kata lain,  hanya yang dijemput sahaja akan bersama dalam misa  di Chapel of Transfiguration.

Satu perjumpaan menggunakan kaedah zoom  meeting bersama  Yang Mulia Bapa Uskup pada pukul 6.00 petang dan ianya juga adalah terhad kepada yang menerima jemputan sahaja. Datin Tracie Gom selaku   Setiausaha Paroki,  akan mengirimkan jemputan dalam minggu ini.  Semasa zoom meeting ini juga, saya akan menyampaikan  beberapa  maklumat terkini tentang pastoral paroki,  kewangan dan kaedah pentadbiran  kepada   Yang Mulia Bapa Uskup John Wong  serta  menyerahkan  Hak Milik Tanah Paroki yang telah selesai disusun dan dikemaskini.

Semestinya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Encik Justine dan Encik Hector Jintoni atas usaha tanpa jemu dalam menyusun dan mengemaskini semua Hak Milik Tanah di bawah Paroki Penampang.  Mereka berdua adalah ahli  jawatankuasa  bagi Parish Finance and Property Council.  Projek ini telah bermula lebih kurang dalam 3 tahun yang lalu.  Ianya merupakan kerja yang agak mencabar kerana ia melibatkan kajian yang  menyeluruh dan amat teliti  sekali  bagi setiap tanah dengan   cadangan   potensi terbaik bagi  tanah  tersebut.  Kami telah  memikirkan tentang masa depan tanah-tanah  di bawah Paroki Penampang.  Seiring dengan aspirasi paroki,  ianya  perlu dimanfaatkan,  demi untuk faedah  kepada  paroki.

Kami juga bercadang untuk menyerahkan  Polisi Paroki kepada Yang Mulia Bapa  Uskup tetapi disebabkan  berlaku  perkara yang tidak dijangka,  ianya akan ditangguhkan ke sambutan Hari Keluarga Paroki tahun depan.  Polisi Paroki ini sepatutnya menjadi garis panduan kepada semua komiti sedia ada dalam paroki.  Ianya termasuklah panduan tentang kemanusiaan dengan tujuan kewujudannya, komposisi, tempoh masa,  akauntabiliti, fungsi dan tanggungjawab antara satu sama lain.

Sebagai persiapan awal sambutan Hari Keluarga Paroki,  siaran langsung (live streaming)  Doa Triduum akan diadakan bermula jam 7.30 malam pada  23  sehingga 25  Julai 2021. Persiapan tiga hari ini bertujuan untuk  membawa tumpuan dan kesedaran ahli paroki terhadap organisasi pastoral, kewangan  dan perspektif pentadbiran.  Setiap sesi akan dimulakan dengan latihan rohani.  Berikut ialah susunan program bagi Triduum Hari Keluarga Paroki:

23 Julai 2021 (Jumaat)
Pada hari pertama ini akan dimulakan dengan Doa Rosary disusuli dengan taklimat tentang keadaan pastoral paroki.  Katekis Lewis Juit akan menerangkan tentang struktur organisasi pastoral bagi paroki, semua zon,  Komuniti Umat Katolik dan KKD.  Beliau juga akan turut memberi penekanan kepada beberapa aktiviti pastoral yang telah dilaksanakan dan  perancangan  aktiviti  masa depan  pastoral.  Beberapa cabaran pastoral   juga akan dikongsikan semasa taklimat nanti.

24  Julai 2021 (Sabtu)
Hari kedua akan menjadi input tentang kewangan  dan aset paroki.  Sebelum itu, Doa Kerahiman Ilahi (Divine Mercy) akan dijalankan.  Katekis Earnest akan memberi pengenalan tentang  Parish Financial and Property Council serta Komiti semua Zon.  Beliau akan menerangkan perbezaan akaun dan dana yang ada di bawah Paroki Penampang.  Beliau juga akan menjelaskan tentang sumber dan kegunaan akaun-akaun tersebut.  Selain itu, Katekis  Earnest juga akan memaparkan beberapa cabaran  atau kesulitan kewangan yang tidak disedari oleh ahli paroki.  Beliau juga akan menegaskan penerangan tentang perancangan masa depan Parish Financial and Property.

25 Julai 2021 (Ahad)
Hari ketiga  akan dikendalikan oleh Encik  Ephraim Kouju.  Ianya merupakan sesi  yang menggabungkan Exposition of the Blessed Sacrament dan Benediction.  Encik Ephraim ialah Pengerusi bagi komiti Parish Human Resources.  Beliau akan menerangkan tentang struktur pentadbiran bagi Pejabat Mission.  Beliau juga  akan memperkenalkan ahli jawatankuasa, peranan dan fungsi masing-masing.  Seterusnya, Encik Ephraim akan memberi taklimat tentang Parish Website dan Parish General Procedures yang mana semua ahli paroki harus sedar dan tahu apabila datang berurusan dengan Pejabat Mission.  Akhir sekali, beliau akan memberikan kita idea tentang cabaran HRC dan  perancangan masa depan. 

Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk   menggalakkan semua ahli paroki     St. Michael Penampang agar menyertai Triduum Hari Keluarga Paroki . Saya cukup yakin  bahawa persoalan anda   tentang bagaimana   paroki  telah diuruskan akan terjawab .  Anda akan dapat melihat hubungan antara zon yang membentuk paroki kita.  Jika sebelum ini anda tertanya-tanya tentang   mengapa ada 2 pungutan pada setiap Misa Minggu,  ianya akan terjawab selepas Triduum Hari Keluarga Paroki.  Paling kurang pun yang anda jangkakan daripada Triduum ialah mendapat tahu tentang  Ahli Jawatankuasa Parish Pastoral Council dan Parish Finance & Property. Jadi, sertai kami dalam 3 hari persiapan untuk sambutan Hari Keluarga Paroki.   

“Towards an amazing Parish… ”

Fr. Wilfred Atin
Paderi Paroki Penampang
20 Julai 2021                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Related posts

July 21, 2021

Pastoral Message: Parish Family Day 2021


Read more
March 6, 2021

Pastoral Notice Lent II


Read more
February 23, 2021

Nota Pra-Paska Paroki


Read more
February 19, 2021

Lent Pastoral Notes


Read more

SEARCH

Updates Category

  • Pastoral Message
  • Announcements
  • Pastoral News

RECENT UPDATES

  • CERAMAH PEMBAPTISAN BAYI PAROKI ST. MICHAEL PENAMPANG
    In Announcements
  • ST. MICHAEL’S PARISH PENAMPANG CATHOLIC WOMEN’S LEAGUE ‘ONLINE BAZAAR SALES’
    In Announcements
  • CHANCERY NOTICE: BANNS OF ORDINATION TO THE DIACONATE
    In Announcements, Pastoral News
  • Catholic Sabah: Couples for Christ Sabah celebrates 17th year of service to Christian family life
    In Pastoral News
  • RELIGIOUS VOCATION AWARENESS CAMP
    In Announcements

ABOUT US

St. Michael's Parish Penampang is located in Sabah, Malaysia. We have 16 churches and chapel within our jurisdiction. Read more about history, our communities and activities. Need to get in touch with us? Find out how!

NEWS & UPDATES

  • NEWS & ANNOUNCEMENTS
  • PARISH NEWS
  • eBULLETIN
  • RECTOR'S MESSAGE

FEATURED CONTENT

  • ONLINE MASS
  • YOUTHS
  • PARISH DONATION
  • RECTOR'S MESSAGE

Social Media

© 2020 St. Michael's Parish Penampang Website | Website design by KK Top Web | Access Web Dashboard