smplogosmplogosmplogosmplogo
  • eBulletin
  • Mission Office
  • Sunday Reading
  • Online Mass Schedule
  • Contact Us
  • Website

RENUNGAN MINGGUAN – 1 May 2022

  • Home
  • Category
  • Sunday Reflection
  • RENUNGAN MINGGUAN – 1 May 2022
May 1, 2022

Minggu Ke-3 Musim Paska

Perahu Santo Petrus atau dalam bahasa Inggeris BARQUE OF ST. PETER adalah symbol bagi Gereja Roman Katolik. Imej ini telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai gambaran gereja yang membawa umat Katolik belayar di lautan duniawi menuju pelabuhan Sorgawi. Lautan duniawi kadang kala bergelora dengan ketidakpastian, penganiayaan dan 1001 macam permasalahan tetapi pada akhirnya selamat sampai dengan  Santo Petrus sebagai jurumudinya. Imej dan symbolisma perahu Santo Petrus ini diilhamkan oleh Bahtera Nabi Noah yang menyelamatkan keluarganya yang percaya  dan binatang-binatang ciptaan Tuhan semasa Bah Besar berlaku dan digunakan sebagai  illustrasi penyelamatan Tuhan bagi mereka yang percaya dan dibaptis menjadi ahli  gereja (1 Peter 3:20-21). Ianya juga  dikaitkan dengan petikan Injil Markus 4:35-41 di mana Tuhan Yesus menenangkan laut yang bergelora untuk menyelamatkan para pengikutnya dari karam oleh badai taufan.

Kita mendengar tentang Perahu Santo Petrus dalam petikan Injil untuk Minggu Ke-3 Musim Paska ini (Yohannes 21:1-19). Perahu ini adalah perahu yang sama di mana Santo Petrus dipanggil buat kali pertamanya mengikuti Tuhan Yesus (Lukas 5:1-11). Perahu ini juga adalah perahu yang sama digunakan oleh Tuhan Yesus dan para pengikutnya mengkhabarkan Berita Penyelamatan di sekitar Danau Galilea. Tetapi di dalam petikan Injil kali ini perahu Santo Petrus digambarkan sebagai “kehidupan lama” para pengikut Tuhan Yesus sebelum mereka mengenali Tuhan Yesus iaitu kehidupan lama.

Santo Petrus dan rakan-rakannya yang kecewa dengan kegagalan mereka untuk setia kepada Tuhan Yesus kembali ke tempat asal mereka untuk menjadi nelayan sekali lagi. Mereka kembali ke kehidupan lama sebab tidak dapat menerima realiti bahawa Tuhan Yesus telah mati dipakukan di kayu salib. Mereka telah diberitahu oleh Maria Magdala dan rakan-rakannya bahawa Tuhan Yesus telah bangkit namun mereka masih tidak pasti dan tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Satu-satunya hal yang mereka tahu ialah menangkap ikan sebab mereka adalah nelayan. Jadi atas sebab itulah mereka kembali ke kehidupan lama.

Namun apa yang berlaku seterusnya mengingatkan mereka akan panggilan pertama Tuhan Yesus kepada mereka untuk menjadi penjala manusia. Sama seperti di dalam Lukas 1:1-11 di mana Santo Petrus dan para pengikut yang lain tidak mendapat apa-apa hasil demikian juga dalam petikan hari ini. Hanya apabila mereka mendengarkan suruhan Tuhan Yesus untuk menebarkan jala ke sebelah kanan baharulah mereka mendapat hasil tangkapan yang bukan sedikit tetapi berjumlah 153 ekor ikan besar, yang sungguh pun demikian tidak merosakkan jala mereka. Jumlah ini juga adalah satu symbol sebab menurut ahli-ahli akademik purbakala jumlah semua bangsa di dunia adalah 153. Dalam lain kata, tangkapan ini seharusnya mengingatkan kita akan amanat untuk pergi dan memberitakan khabar gembira kepada semua bangsa (Matheus 28:19).

Suruhan Tuhan Yesus untuk menebarkan jala ke sebelah kanan  adalah satu yang tidak masuk akal bagi seorang nelayan dalam konteks Danau Galilea semasa zaman Tuhan Yesus. Rata-rata nelayan adalah tangan kanan (bukan kidal) jadi tebaran jala selalu ke sebelah kiri perahu. Bukan itu saja, fajar sudah menyinsing, ikan-ikan hanya akan keluar dari lubuk pada waktu malam bukannya waktu siang. Tetapi sungguh pun demikian Santo Petrus dan rakan-rakannya menuruti suruhan Tuhan Yesus. Ada sesuatu tentang “orang yang berbicara kepada mereka itu” (Tuhan Yesus) yang membuat mereka mematuhinya. Lalu pada saat mereka melihat keajaiban yang berlaku dengan dimulai oleh Santo Yohanes yang berseru “Itu Tuhan!”, pengikut-pengikut Tuhan Yesus lalu mengenali Dia.

Situasi yang dilalui oleh Santo Petrus  dan pengikut-pengikut Tuhan Yesus yang lain itu juga sangat mungkin dilalui oleh kita, umat Katolik. Kita yang telah dibaptis dan mengenakan pakaian baru Kristiani kadang-kadang mengalami percobaan untuk kembali kepada kehidupan lama yakni kehidupan sebelum kita menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat kita. Kita yang aktif melayani dalam gereja ada masa-masanya mengelami keadaan di mana kita rasa terbeban, bosan dan mahu lari dari tangungjawab melayani dalam gereja. Seringkali juga kita tergoda untuk kembali ke kehidupan lama oleh sebab permasalahan keluarga, krisis dalam perkerjaan dan barangkali juga putus cinta.

Pewartaan Injil hari ini sepatutnya menyedarkan kita untuk kembali fokus melihat Tuhan Yesus yang sentiasa berada di sisi kita, mendengarkan suara Tuhan Yesus berbicara kepada kita dan merasakan hadiratnya di tengah kemelut kehidupan kita. Dia yang telah bangkit dari alam maut adalah fajar pengharapan bagi kita. Semoga kita akan senantiasa membawa aura kebangkitan Tuhan Yesus dalam setiap detik pengembaraan kita sambil kita belayar bersama di dalam bahtera Santo Petrus mengharungi lautan kehidupan ini menuju pelabuhan kekal. Semoga setiap yang kita temui medengarkan seruan kita bersama — ITU TUHAN!

Fr. Wilfred Atin

Related posts

February 3, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 5 Februari 2023


Read more
January 28, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 29 Januari 2023


Read more
January 20, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 22 Januari 2023


Read more
January 16, 2023

RENUNGAN MINGGUAN – 15 Januari 2023


Read more

SEARCH

Updates Category

  • Pastoral Message
  • Announcements
  • Pastoral News

RECENT UPDATES

  • CERAMAH PEMBAPTISAN BAYI PAROKI ST. MICHAEL PENAMPANG
    In Announcements
  • ST. MICHAEL’S PARISH PENAMPANG CATHOLIC WOMEN’S LEAGUE ‘ONLINE BAZAAR SALES’
    In Announcements
  • CHANCERY NOTICE: BANNS OF ORDINATION TO THE DIACONATE
    In Announcements, Pastoral News
  • Catholic Sabah: Couples for Christ Sabah celebrates 17th year of service to Christian family life
    In Pastoral News
  • RELIGIOUS VOCATION AWARENESS CAMP
    In Announcements

ABOUT US

St. Michael's Parish Penampang is located in Sabah, Malaysia. We have 16 churches and chapel within our jurisdiction. Read more about history, our communities and activities. Need to get in touch with us? Find out how!

NEWS & UPDATES

  • NEWS & ANNOUNCEMENTS
  • PARISH NEWS
  • eBULLETIN
  • RECTOR'S MESSAGE

FEATURED CONTENT

  • ONLINE MASS
  • YOUTHS
  • PARISH DONATION
  • RECTOR'S MESSAGE

Social Media

© 2020 St. Michael's Parish Penampang Website | Website design by KK Top Web | Access Web Dashboard