RENUNGAN MINGGUAN.
HARI MINGGU PASKAH KETUJUH TAHUN A.
21 APRIL 2023.
Sumambayang i Kristus id di Spiritu , om i Spiritu Tobitua no ii puun dii sambayang om kaazaan di oinsanan Eklizia.
Dalam Injil hari ini, Yesus menyatakan didalam doaNya mengenai kehidupan kekal yang diberikan kepada mereka yang dipercayakan kepadaNya. Dalam masa yang sama Yesus menjelaskan apa itu kehidupan kekal. Kata-kata Yesus amat ringkas dan jelas bahawa kehidupan kekal itu adalah mengenali Allah sebagai satu-satunya Allah Benar dan mengenali Yesus Kristus Putera Allah yang diutus-Nya. Kita hanya dapat mengenali Yesus melalui doa yang dibimbing oleh Roh Kudus.
Doa ini rasanya sangat tinggi dan jauh dari kesibukan dan perhatian kita sehari-hari. Yesus membuka doa-Nya bagi kita dengan berdoa diri-Nya sendiri.
Apakah Yesus mencari kemuliaan bagi diri-Nya sendiri? Samasekali tidak! Yesus tidak mencari kemuliaan bagi diriNya. Kemuliaan-Nya ialah memuliakan Bapa. Kemuliaan-Nya ialah melaksanakan kehendak Bapa.
Kehidupan kekal sering tidak dipeduli oleh kebanyakan umat. Kita lihat setiap hari bahawa manusia lebih mengutamakan perkara-perkara yang lebih dapat memberi kesenangan atau kemewahan dalam dunia. Kita tidak nafikan bahawa semua itu penting dan diperlukan.
Kita tahu bahawa orang yang malas berusaha tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Mengapa mereka gagal? Kerana mereka berharap sangat dengan kebijaksanaan manusia. Hanya dengan kebijaksannan pemberian Roh Kudus, manusia dapat mengatasi segala masaalah.
Segala yang di dunia ini akan kita tinggalkan untuk mereka yang masih dalam dunia. Setiap kita pada suatu hari kelak akan meninggalkan yang fana dan menuju kepada yang abadi iaitu Allah sendiri.
Yesus mengalami kematian tubuh. Dia telah berada di dunia dan telah meninggalkan dunia dan kembali ke sorga. Dia inginkan supaya semua orang akan bersama-sama denganNya di sorga. Adakah semua orang yang telah mendengar tentang Yesus menerima dan mengikuti Yesus? Jawapannya tidak. Ramai yang sangsi, menolak malah menyalibkan Yesus.
Kita bersyukur kerana kita telah mendengar tentang Yesus. Dalam pembaptisan, kita telah menerima dan mengikut Yesus. Dalam kehidupan seharian kita memohon bimbingan Roh Kudus agar kita menjadi saksi-saksi Kristus agar lebih ramai dapat menikmati kehidupan kekal..
Kat. Linus Tokuzip