RENUNGAN MINGGUAN.
HARI MINGGU BIASA KETIGA PULUH TIGA TAHUN A
19 – 11 – 2023
“ONLY THE ONE WHO DOES NOT RISK IS CONDEMNED”
Perumpamaan ini mungkin mau mengritik pandangan yang mengatakan bahawa Allah itu hanya tahu menuntut. Dia tidak berbuat apa-apa. Kerajaan surga itu sama dengan Kerajaan perintah dan larangan, harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu. Kesanya ialah bahawa orang boleh menjadi takut dan hidup dalam ketakutan. Pandangan ini terungkap dalam kata-kata hamba yang tidak menjalankan talenta atau wang tuannya itu.
LALU APA JAWAPAN YESUS?
Kerajaan Surga itu bukan Kerajaan perintah, tetapi Kerajaan di mana orang-orang memiliki keberanian dan cabaran seorang pedagang. Kita harus memiliki jiwa seorang pedagang. Pedagang yang menyembunyikan hartanya dalam tanah, sama sekali tidak berguna dan tidak bertanggungjawab.
Kita dipanggil untuk mengembangkan IMAN kita atau segala sesuatu yang baik dalam dunia ini. Iman itu dapat dibandingkan dengan wang yang harus didanggangkan. Siapa yang berani mengambil risiko dan sabar dalam mengembangkan kapital imannya akan menjadi makin kaya.
Dalam hal kerohanian, melalui pembatisan, masing-masing peribadi diberi kemampuan untuk bertumbuh dan menghasilkan dan akhir menghasilkan buah yang lebat. Dalan pertumbuhan iman, mungkin seseorang itu akan menjadi seorang religious atau menjadi Paderi.
Bahkan mungkin menjadi ibubapa Kristian yang membuahkan orang-orang BERIMAN. Macam-mana mahirnya seseorang itu menggunakan bakat-bakatnya, bergantung kepada keterbukaan seseorang untuk mengaplikasikan bakat-bakatnya dengan sepenuhnya. Allah telah memberi kepercayaan kepada kita untuk mengambangkan talenta atau bakat-bakat yang diberikan olehNya kepada kita. Maksudnya kita dipertanggungjawabkan oleh Tuhan untuk melakukan sesuatu sesuai bakat-bakat yang diberikan kepada kita.
Allah bukan melihat samada kita layak atau tidak, tetapi Ia ingin melihat samada kita mahu melakukan atau tidak atau kita malas. Jika kita kuburkan bakat yang diberi maka kita harus bertanggungjawab malah tiada pertumbuhan atau hasil maka Tuhan akan bertanya kepada kita di akhir zaman, bila kita jumpa Tuhan dalam pengadilan. Di sanalah akan ada ratap dan kertak gigi. Maka janganlah kita tidur seperti orang-orang lain, tetapi berjaga-jaga dan sadar.
Maka marilah kita merendahkan hati kita dan dengan penuh keikhlasan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Disediakan oleh Kat. Linus Tokuzip