RENUNGAN MINGGUAN
MINGGU KE-3 ADVEN
1st Reading : Zephaniah 3 : 14 – 18
2nd Reading : Philippians 4 : 4 – 7
Gospel : Luke 3 : 10 – 18
Shallom saudara- saudari saya yang terkasih, pada minggu ini kita telahpun memasuki minggu ke-3 adven dalam tahun C. Pada minggu adven yang pertama dan kedua yang lalu, kita diajak untuk bersiap sedia akan kedatangan Tuhan, dan kalau kita renungkan pembacaan-pembacaan pada hari ini ianya mengajak kita seterusnya untuk bersukacita. Mengapakah kita harus bersukacita pada masa ini saudara-saudari? Ini adalah kerana Sang Penebus akan datang di tengah-tengah kita tidak lama lagi. Dalam minggu penantian kita ini terhadap Tuhan, ianya membawah khabar gembira dan pengharapan kepada kita dimana pada minggu ini kita menyalahkan lilin ketiga yang berwarna pink. Warna pink ini adalah tanda rasa kegembiraan kita yang tidak terhingga kerana masa kelahiran Tuhan sudah dekat.
Dalam pembacaan Injil pada hari ini, dalam masa kita sedang menunggu kedatangan Tuhan, kita diminta untuk bertobat dan memohon ampun akan dosa-dosa kita dan kita diminta untuk menghidupi kehidupan yang jauh lebih baik dari permulaan tahun. Terdapat pernyataan didalam pembacaan ini mengatakan amat ramai orang yang datang kepada Yohannes Pembaptis dimana beliau berkata,” Bertobatlah kerana kerajaan Allah sudah dekat,”. Orang banyak tersebut datang kepada Yohannes Pembaptis dan bertanya,” Guru, apakah yang harus kami perbuat? Engkau mengajak kami untuk bertobat dan apakah yang harus kami perbuat?,” kata mereka. Dan Yohannes Pembaptis menjawap mereka,” Jangan menagih lebih banyak daripada yang telah ditentuhkan bagi mu,” Jangan kita menjadi seperti along-along yang biasanya meminjamkan duit tetapi memeras dengan mengenakan faedah pinjaman yang amat tinggi. Kepada perajurit-perajurit juga dia berkata,” Jangan merampas, memeras dan cukupkanlah dirimu dengan gajimu,” katanya. Ramai antara kita ini ingin sekali untuk bertobat, tetapi apakah yang harus kita perbuat supaya kelakuan dan perangai kita jauh lebih baik supaya kita dapat merasa dan menikmati serta mengerti sepenuhnya apakah erti Hari Natal dalam hidup kita yang akan tiba tidak lama lagi. Semua saranan ataupun pernyataan yang diungkapkan oleh Yohannes Pembaptis itu juga ditujukan kepada kita saudara-saudari, dan semasa dia menyatakan saranan-saranannya, adakah kita bersedia untuk melakukan saranan-saranan tersebut dengan kerendahan hati kita? Cuba kita lihat bagaimana keadaan dalam keluarga kita sendiri, di tempat kerja ataupun dalam komuniti gereja kita. Adakah kita jujur dalam mengerjakan tugas- tugas ataupun kerja kita? Kita tiada penipuan di segi kewangan, dalam masa kita bekerja, adakah kita jujur dan tidak pilih kasih terhadap pekerja bawahan kita? Sebagai orang-orang yang percaya kepada Kristus, jangan pula kita menggunakan kekerasan ataupun menggertak umat yang lain dengan berkata kepada mereka, ”Jikalau kamu tidak datang sembayang pada setiap hari minggu, memang kamu tidak mempunyai harapan, kamu tentu akan masuk neraka,” kata kita kepada mereka. Kita harus secara halus dan perlahan mengajak mereka untuk datang ke Gereja dengan penuh cinta kasih.
Dalam pembacaan Injil ini juga, Yohannes Pembaptis menyuruh kita supaya kita harus mempunyai keprihatinan terhadap jiran tetangga kita yang betul-betul memerluhkan pertolongan. Sekiranya kita ada lebihan pakaian, kita berilah kepada mereka yang serba kekurangan. Jangan pula lebihan pakaian kita itu, ada yang sampai buruk dan lusuh disimpan, tetapi hati kita berat hendak memberikannya kepada jiran yang memerluhkan. Begitu juga mengenai dengan makanan. Jangan kita terlampau kedekut terhadap orang-orang yang kekurangan makanan. Kita ambil contoh mudah saudara-saudari iaitu dalam keluarga kita sendiri ataupun dalam komuniti kita. Ada juga kadang-kadang berlaku, terdapat makanan terhidang di atas meja, yang si abang terasa hendak memakan makanan yang terhidang diatas meja, tetapi yang si adik berkata,” Makanan itu saya punya,”katanya. Tetapi sampai ke petang, makanan tersebut tidakpun disentuh. Kesudahannya, makanan tersebut tidak lagi boleh dimakan sebab ianya sudah basi dan yang untung ialah penjaga rumah yang berkeliaran di luar rumah. Di masa inilah kita perlu membantu yang kekurangan makanan. Jangan pula kita pergi melawat jiran kita yang serba kekurangan dan kesempitan, dan kita berkata kepada mereka,” Baa..kamu jangan lupa makan ya,” kata kita kepada mereka tetapi kita tidak membantu mereka di segi makanan.
Saudara-saudari, dalam masa kita menunggu kedatangan hari Natal, kita cubalah sedaya upaya kita mengikuti saranan-saranan yang diungkapkan oleh Yohannes Pembaptis supaya kita layak menyambut hari Natal ini dengan hati yang bersorak sorai kegembiraan, seperti mana yang diungkapkan dalam pembacaan pertama dari Profeta Zephaniah yang mana ianya memberitahu dan menyuruh kita supaya bergembira dan bersorak – sorai sebab Tuhan telah menyelamatkan kita. Tiada lagi ketakutan dan kerisauan kita sebab Tuhan sentiasa berada di tengah-tengah kita. Dan dalam pembacaan keduapun, Sangto Paulus menyuruh kita untuk bergembira terhadap kedatangan Yesus Kristus yang kedua, dan dalam masa itu dia meminta kita supaya kita sentiasa bersefahaman antara satu dengan yang lain, sabar dan saling bermaaf-maafan, tidak menyinggung perasaan yang lain supaya kita bersedia menyambut kedatangan Tuhan.
Saudara-saudari, perayaan hari Natalpun sudah dekat. Dalam kita memikirkan apakah yang bakal kita terima dari Tuhan pada masa perayaan ini, kita harus juga bertanya kepada diri kita sendiri, apakah yang harus kita perbuat supaya kita layak untuk menerima dan menyambut perayaan hari Natal ini. Kita disarankan agar memperbaharui hati kita dimana kita harus saling mengasihi antara yang lain dalam masa kita menantikan kedatangan Sang Penyelamat kita, Yesus Kritus.
Amen.
Paroki Penampang
Kat. Albert Mining