
HARI MINGGU BIASA KEENAM BELAS TAHUN C
20-07-2025
Saudara dan saudari yang dikasihi,
Pembacaan pada minggu ini mengajak kita untuk merenung lebih mendalam tentang keramahtamaan (hospitaliti) dan memberi keutamaan dalam perjalanan iman, pelayanan kita bersama Tuhan.
Keramahtamahan merupakan tindakan luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakat dan budaya mana pun. Dalam bahasa Inggerisnya adalah hospitality. Kata hospitality berasal dari bahasa Latin “hospes” yang bermaksud “tamu” . Hospitaliti dalam bahasa Melayu bermaksud layanan baik, mesra, dan ramah yang diberikan kepada tetamu atau orang yang datang berkunjung. Ia juga merangkumi aspek tempat penginapan, makanan, minuman, dan perkhidmatan lain yang diperlukan untuk keselesaan tetamu.
Pembacaan pertama dari Kitab Kejadian 18:1-10. Kita melihat Abraham menunjukkan keramahtamahan yang penuh dengan kemurahan hati kepada tiga tetamu misteri atau orang asing namun sebenarnya adalah Tuhan yang menampakkan diri kepada Abraham. Dia menyambut mereka dengan menyediakan makanan, tempat berehat, dan perhatian. Bukan kerana kewajipan, tetapi kerana hasrat tulus untuk melayani. Tindakan kerahmahtamahan ini bukan sekadar amalan budaya, malah ia menunjukkan satu kebenaran rohani yang sangat mendalam.
Apabila kita melayani orang lain dengan penuh kasih dan kemurahan hati, kita seringkali mengalami kehadiran Tuhan. Sesuatu kepuasan hati wujud dalam diri kita. Tindakan Abraham itu membuat tiga orang asing ini merasa diterima dan merasa at home. Mereka tidak dilayan, diperlakukan sebagai orang asing atau musuh, melainkan sebagai sahabat oleh Abraham. Selepas menjamu selera, mereka menjanjikan dan mengatakan bahawa Isteri Abraham iaitu Sarah akan mempunyai anak walaupun sudah lanjut usia. Ini menunjukkan bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Belajar dari sikap Abraham, kita seharusnya membudayakan kerahmatamahan, iaitu selalu bersedia menerima orang lain/orang asing, apapun latarbelakangnya, mahu menghormati dan melayani keperluan mereka dengan sucihati. Kita juga belajar menerima perbezaan dan mahu hidup bersama tanpa mengira bangsa, kepercayaan agama, suku, etnik lain, bukanlah musuh kita melainkan sahabat kita sesama insan manusiawi. Mengubah orang asing menjadi sahabat, musuh menjadi kawan, persengketaan menjadi persahabatan, konflik menjadi perdamaian, kekerasan menjadi kelembutan, kebencian menjadi kasih, dendam menjadi pengampunan. Menjadikan semua, amalan dalam cara hidup kita.
Demikian juga dalam Mazmur sahutan hari ini yang bertanya: Tuhan, siapa yang boleh menumpang di khemah-Mu? Ia berbicara tentang kebenaran, dan cara kita memperlakukan orang lain dengan kasih dan hormat. Nilai-nilai ini bukan pilihan tambahan; ia mencerminkan sejauh mana hubungan kita dengan Tuhan. Cara hidup kita dan bagaimana kita melayani sesama merupakan gambaran langsung iman kita.
Dalam Pembacaan dari Surat Rasul Paulus kepada Jemaat di Kolose 1:24-28, dapat berfokus pada tema sukacita dalam penderitaan demi Kristus dan gereja, serta peranan Paulus sebagai pelayan Injil. Bagaimana Paulus melihat penderitaannya sebagai bagian dari tugas pelayanan yang Allah percayakan kepadanya untuk kemajuan dan pertumbuhan gereja. Ia tidak melihat penderitaannya sebagai beban, tetapi sebagai kesempatan untuk turut ambil bahagian dalam karya Kristus. Ia merasa bertanggungjawab untuk memberitakan Injil dengan sepenuh hati. Ia berjuang untuk memberitakan misteri Allah yang tersembunyi, iaitu Injil, kepada semua orang. Penderitaan Paulus bukan untuk menebus dosa, tetapi untuk kemajuan dan penguatan iman jemaat. Penderitaannya menjadi kesaksian bagi orang lain. Ia mengingatkan jemaat untuk tetap setia kepada Kristus dan tidak terpengaruh oleh ajaran-ajaran sesat.
Apakah pesan yang kita dapat atau ambil:
Sementara renungan dari pembacaan Injil Lukas 10:38-42 pula menonjolkan pentingnya mengutamakan hubungan dengan Tuhan di atas segala kesibukan duniawi. Meskipun pelayanan itu baik, mendengarkan firman Tuhan dan duduk di kaki-Nya adalah “bagian yang terbaik” yang tidak boleh diabaikan. Kisah Marta dan Maria mengajarkan kita untuk menemukan keseimbangan antara pelayanan dan kesatuan dengan Tuhan.
Renungan ini menekankan bahwa mendengarkan firman Tuhan dan bersekutu dengan-Nya adalah hal yang terpenting dalam hidup. Pelayanan itu penting, tetapi harus didasari oleh hubungan yang erat dengan Tuhan.
Kita harus belajar untuk menyeimbangkan kesibukan kita dengan waktu untuk berdiam diri, berdoa, dan merenungkan firman Tuhan. Seperti maria yang duduk di kaki Yesus, kita juga perlu meluangkan waktu untuk mendengarkan suara Tuhan dan belajar dari ajaran-Nya.
Jangan biarkan kekuatiran dan terbebani dengan banyak hal, tetapi Yesus mengingatkan bahwa hanya satu hal yang perlu, iaitu memilih bahagian yang terbaik, iaitu kesatuan dengan-Nya.
Saudara dan saudari, Tuhan Yesus sendiri, semasa hidup-Nya di dunia, sering mengasingkan diri ke tempat sunyi untuk bersama Bapa-Nya, yang mengurapi, memberi kuasa dan mengutus-Nya. Jika Kristus sendiri memerlukan waktu bersama Bapa, apatah lagi kita.
Sebagai renungan kita bersama: Apakah kita lebih sibuk dengan urusan duniawi daripada meluangkan waktu untuk Tuhan?
Apakah kita sudah memberikan waktu yang cukup untuk mendengarkan firman-Nya dan bersatu dengan-Nya.
Marilah kita belajar dari Maria, yang memilih untuk duduk di kaki Yesus dan mendengarkan ajaran-Nya, kerana itu lah ‘bagian yang terbaik” yang akan memberikan kekuatan dan hikmah dalam menjalani hidup seturut kehendak-Nya. Kita tidak boleh mengenal-Nya tanpa meluangkan masa bersama-Nya.
Jadikan Yesus pusat hidup kita. Carilah Yesus, kasihilah Yesus, dan utamakan Yesus, sebab Yesus lah sahabat sejati kita!
Semoga Tuhan memberkati kita semua!. Amen.
Kat. George Maison.