
HARI MINGGU BIASA KE-19 (A)
1 Raja-raja 19:9. 11-13; Mazmur 84(85):9-14. R/ v. 8; Roma 9:1-5.
Matius 14:22-33
Tema: TUHAN MEMBAWA DAMAI, SHALOM, PENYELAMATAN
Hari ini adalah Hari Minggu Biasa ke-19 dalam Tahun Liturgi A. Bacaan-bacaan hari ini memberitahu kita bahawa Tuhan itu membawa damai, shalom dan penyelamatan! Injil hari ini memberitahu kita bahawa para murid-murid-Nya sedang berada di dalam perahu bergelutan dengan angin ribut dan laut yang bergelora. Lebih penting, Injil memberitahu kita bahawa Yesus berjalan di atas air menuju kepada mereka! Yesus adalah Putera Allah! Lebih penting lagi, Injil memberitahu kita bahawa Petrus berjalan menuju kepada Yesus, tetapi apabila dia merasai angin kencang, dia mulai hilang iman dan mulai tenggelam, tetapi Yesus selamatkannya! Dan apabila mereka masuk ke dalam perahu angin pun reda! Di situ terdapat damai, shalom, penyelamatan!
Hari ini Gereja sedang bergolakan dari dalaman dan luaran. Dari dalam, Gereja dikacau oleh dosa skandal para pemimpinnya, teologisnya mengajar pengajaran yang bertentangan dengan Paus, umatnya tidak mahu mematuhi ajaran Gereja, terutama mengenai aborsi dan kontrasepsi, dan kebanyakan umatnya tidak lagi datang ke Misa hari minggu. Mereka tidak lagi percaya kepada Gereja dan kepada Allah! Dari luar, Gereja diganggu oleh duniawi, oleh sekularisme, oleh hukum kerajaan yang tidak adil, oleh ekstremis agama lain, oleh penganiayaan, dll.
Dalam semuanya ini, Tuhan datang membawa damai, shalom, penyelamatan! Kita harus bertobat dan kita harus dibaharui agar dapat mengalami damai, shalom, penyelamatan Tuhan! Ada banyak pergerakan pembaharuan di Paroki kita, cnth, Pembaharuan Karismatik Katolik, Seminar Hidup Baru dalam Roh, Komuniti Eklesial Dasar (KED), Komuniti Neo-Catechumenate, Kumpulan Perkongsian Alkitab, Kursus Alfa, dll., tetapi yang penting, kita harus datang Misa Kudus setiap hari Minggu! Selepas Pembaptisan, kita dibaharui pada setiap hari minggu oleh Ekaristi!
Pembacaan pertama menuruti tema Injil! Bacaan pertama memberitahu kita bahawa selepas Elia memusnahkan rumah berhala nabi-nabi Baal, Permaisuri Jezebel mahu membunuh dia. Bacaan pertama memberitahu kita bahawa Elia pergi ke gunung Horeb, iaitu, Gunung Sinai, di mana Tuhan menunjukkan diri kepada Musa. Tuhan menunjukkan diri kepada Elia di Gunung Horeb! Seperti di Gunung Sinai, berlaku angin kencang, gempa bumi, dan ada api; tetapi Tuhan tidak berada di dalam angin kencang, didalam gempa bumi dan dalam api! Kemudian ada angin sepoi-sepoi. Tuhan ada di dalam angin sepoi-sepoi basa! Seperti dalam Injil hari ini, angin sepoi-sepoi basa melambangkan damai, shalom, penyelamatan Tuhan!
Sekali lagi, Gereja sungguh terganggu dari luar oleh dunia, oleh sekularisme, oleh kemodenan, oleh kerajaan-kerajan yang membuat undang-undang secara diskriminasi, oleh ekstreminasi agama lain, oleh penganiayaan, dll. Sekali lagi, dalam masa-masa kekacauan ini, Tuhan membawa damai, shalom, penyelamatan! Sekali lagi, Gereja harus bertobat dan dibaharui agar dapat mengalami damai, shalom, penyelamatan Tuhan!
Pembacaan kedua tidak menuruti tema Hari Minggu, tetapi pembacaan kedua mempunyai sesuatu yang penting untuk diberitahu kepada kita! Pembacaan kedua memberitahu kita tentang “kasih Santo Paulus kepada Israel”! Dalam pembacaan kedua, Santo Paulus mengatakan sesuatu yang begitu mengejutkan, tetapi ia menunjukkan kasihnya terhadap Israel! Dia mengatakan dia sanggup dihukum, terputus dari Yesus Kristus dan dihantar ke neraka, jika ia dapat membantu orang-orang Israel diselamatkan dan pergi ke surga! Sesungguhnya, dalam Roma Bab 11, Paulus percaya bahawa pada akhir zaman nanti, biarpun orang-orang Yahudi yang telah menyalib-Nya akan diselamatkan! Kita harus mempunyai cinta kasih yang sama untuk dunia! Kita harus bersedia untuk berkata Bersama Paulus bahawa jika kita harus dihukum dan diputuskan dari Yesus Kristus dan pergi ke neraka, demi untuk menyelamatkan dunia, biarkan ia berlaku! Kita harus mewartakan Kabar Gembira supaya dunia akan percaya dan diselamatkan!
Hari ini kita bersyukur kepada Allah Bapa kerana Putera-Nya Yesus Kristus yang membawa damai, shalom, penyelamatan! Dan kita mohon kepada Allah Bapa untuk bantuan-Nya membantu kita bertobat dan dibaharui supaya kita dapat mengalami damai, shalom, penyelamatan Tuhan! Kita juga harus berterima kasih kepada Allah atas Santo Paulus dan kita mohon Allah untuk membantu kita mengasihi sama seperti Paulus mengasihi Israel, supaya kita dapat mewartakan Kabar Gembira dan supaya mereka yang percaya dan akan diselamatkan! Amin!
Disediakan Oleh : Kat. George Abel