Yuran Pendaftaran bagi mengikuti Kursus Perkahwinan di Paroki St. Michael Penampang adalah RM40.00 sahaja (sepasang)
Urusan perkahwinan di gereja perlu dilakukan sekurang-kurangnya 4 BULAN SEBELUM tarikh perkahwinan.
Sekiranya, kedua-dua pasangan atau salah seorang pasangan telah dibaptis di Paroki Penampang, Yuran pemprosesan akan dikenakan sebanyak RM100.00 ringgit sahaja.
Sekiranya, kedua-dua pasangan bukan dibaptis di Paroki Penampang, yuran pemprosesan perkahwinan akan dikenakan sebanyak RM200.00 ringgit.
Bagi pasangan atau salah seorang daripada pasangan yang bukan dibaptis di Paroki Penampang, anda perlu kemukakan atau dapatkan surat kebenaran daripada Paderi Paroki anda untuk mengikuti kursus ini terlebih dahulu.
Jurugambar & juruvideo perkahwinan haruslah yang sudah mendaftar di bawah Paroki St. Michael Penampang. Senarai jurugambar/video yang sudah mendaftar boleh dilihat pada butang di atas.